Berdasarkan sumber kajian yang telah diberi tema iaitu Tafsiran Malaysia. Dalam Malaysia mempunyai pelbagai kebudayaan dan gambaran yang dapat kita lihat iaitu mengikut populariti sepertimana kita tahu Bangunan Abdul Samad, KL Tower dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa idea yang tercetus dalam pemikiran idea saya iaitu Terabai ataupun Perisai bagi rakyat Sarawak, KLCC, abc atau air batu campur Gasing dan Wau.
1.Terabai atau Perisai adalah lambang
kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia
diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan
depannya.Tujuan asalnya sebagai alat pertahannan semasa bertempur dengan musuh
tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.
Selain itu, bangunan KLCC juga merupakan lambang kepada Malaysia. Ia juga menjadi sumber idea dalam penghasilan karya arca saya. KLCC Masih kekal sebagai bangunan
berkembar tertinggi di dunia hingga kini, ia nyata lambang pencapaian Malaysia
dari negara yang mengerjakan sawah padi dan lombong bijih timah, berubah arah
menjadi antara negara perindustrian antara yang terhebat di persada dunia. Istimewanya, menara berkembar ini bukan saja kemuncak hasil
titik peluh pakar kejuruteraan dari seluruh dunia tetapi paling utama ilhamnya
berlandaskan visi bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang giat
mengusahakan transformasi Malaysia.
Seterusnya sumber idea saya ialah Bangunan Sultan Abd Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Di
hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah
tempat di mana bendera Union Jack diturunkan
pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur
Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu
era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan