Rabu, 1 Oktober 2014

Antara TOKOH-TOKOH ARCA dunia dan Malaysia





Syed Ahmad Jamal

Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bahru dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939, Sekolah Inggeris Ngee Heng pada tahun 1940, Sekolah Inggeris Bukit Zaharah dan Seterusnya English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru hingga tahun 1949. Beliau kemudian meneruskan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School Art, London.
Sekembali dari England, beliau bertugas sebagai guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957 beliau bertugas sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan  Harian, Kuala Lumpur (sekarang Maktab Seri Kota). Pada tahun 1958 hingga 1959 beliau bertugas di Malayan Teacher’s College, Kirkby, Lanc., England. Pada tahun 1963 hingga 1964 beliau mengikuti pengajian seni arca di School of Art Institute, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Kemudian dia dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras pada tahun 1964.
Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Sejarah Seni di University of Hawaii, Honolulu pada tahun 1973. Pada 1974, dia mengikuti pengajian Falsafah Seni Islam di Harvard University, Cambridge, Amerika Syarikat. Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya dan kemudianya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Univerisiti Malaya pada tahun 1979. Beliau dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Visual Negara pda tahun 1983 hingga 1991.
Syed Ahmad Jamal telah menerima pelbagai anugerah: Ahli Mangku Negara(1969); Kesatria Mangku Negara (1983); Asean Cultural Award – Visual Art (1987) dan pada 1995, dia dianugerahkan Anugerah Seni Negara. Dia dianugerah Panglima Jasa Negara pada 1996.

Selain melukis dan menyertai pelbagai pameran berkumpulan , dan solo, Syed Ahmad Jamal telah menerbitkan buku-buku kesenian yang penting. Antaranya Rupa dan Jiwa (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.1992); Kunang-Kunang : Kenang-kenangan Syed Ahmad Jamal Seniman Negara (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1999) serta banyak catalog pameran yang menjadi sumber rujukan bidang seni lukis di Negara ini.
Antara Karya Beliau :
Contoh arca abstrak 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu'

My Photo

Ramlan Abdullah

Ramlan Abdullah  telah membawa persepsi baru dalam dunia arca awam di Kuala Lumpur dan Malaysia. Dengan mendapat pengiktrafan di luar negara dalam pertandingan Oita, iaitu beliau telah memenagi hadiah utama dengan arca bertajuk ‘Growth’ (1995). Sebelum itu beliau telah menghasilkan arca awam beliau yang pertama di Kuching Waterfront, Sarawak. 1996 di Filipina denga arca yang bertajuk V.C sempena  APEC di Filipina. Rentetan dari pengiktrafan  tersebut sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 40 Tun Dr Mahathir Mohammed ( Perdana Menteri Malaysia ketika itu ) telah memilih rekaan Ramlan untuk dijadikan arca awam. Arca yang diberi tajuk ‘Wahdah’1997 telah dibina di perkarangan bangunan DBKL.


KARYA


wahdah oleh Ramlan Abdullah






Bayu Utomo Radjikin
DALAM angkatan pelukis muda, nama Bayu Utomo Radjikin bukanlah asing lagi. Baik dalam seni arca, figura, realisme dan abstrak, Bayu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Selepas arca karyanya yang berjudul ‘Bujang Berani’ memenangi hadiah dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) pada 1991, Bayu tidak menoleh ke belakang lagi. Bidang yang pada asalnya hanya sekadar hobi berubah menjadi kerjaya.

“Sejak kecil hobi saya melukis. Saya memang tidak pernah terfikir ia akan menjadi kerjaya saya suatu hari nanti. Apa yang saya tahu ketika itu segala emosi saya luahkan menerusi lukisan,” kata pelukis berasal dari Tawau, Sabah ini.

Ekoran minat yang tinggi dalam bidang lukisan, selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia memasuki Institut Teknologi Mara (ITM) (sekarang UiTM) bagi menyambung pengajian dalam bidang seni halus.

“Apabila ia menjadi kerjaya, kepuasannya berlainan. Bidang yang saya minati sejak kecil hingga sanggup melupakan makan minum kini menjadi sumber rezeki saya. Ia berbeza berbanding orang yang bekerja hanya kerana inginkan gaji,” katanya.

Secara peribadi, penulis begitu tertarik dengan arca berjudul ‘Lang Kacang’ yang dihasilkannya pada 1991. Arca menggunakan media campuran itu kelihatan ‘gerun’ dan ‘ganas’.

Ekspresi wajahnya seperti memperlihatkan gelojak darah muda Bayu ketika itu. Malah kumpulan rock terkenal, Search turut menampilkan karya terbabit pada kulit album mereka, ‘Rampage’ yang diterbitkan pada 1992.

“Lang Kacang menceritakan mengenai pahlawan di Sarawak. Ia mempunyai lima siri di mana dua daripadanya kini dipamerkan di Balai seni Lukis Negara dan Muzium Seni Singapura,” kata Bayu.

Walaupun memiliki pengkhususan dalam seni arca, tetapi kini Bayu lebih selesa dengan lukisan berkonsep figuratif. Katanya, berbanding abstrak dan arca, lukisan figuratif dapat menceritakan dengan tepat dan jelas.

“Kebanyakan lukisan saya menceritakan mengenai manusia. Mesejnya pula lebih kepada komentar sosial dan perjalanan hidup manusia. Karya saya tidak menghukum, ia sekadar merenung kembali kejadian lalu serta ada pro dan kontranya,” katanya.

Namun begitu, Bayu tidak menolak bahawa menghasilkan seni arca sebenarnya lebih memberi kepuasan. Ini kerana arca berbentuk tiga dimensi dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dalam erti kata lain, cabarannya lebih tinggi berbanding membuat lukisan biasa.

“Dalam masa yang sama anda juga boleh menyentuh dan membeleknya dari pelbagai sudut,” katanya.

Sejak aktif sebagai pelukis sejak 12 tahun lalu, Bayu sudah mengadakan pameran solo dan berkumpulan lebih 30 kali di seluruhMalaysia. Apa yang menarik, minatnya dalam bidang lukisan turut membawa Bayu menerokai satu lagi bidang iaitu sebagai pereka latar (back drop) untuk pementasan teater.

Bermula sebagai pereka set untuk teater Malvin Khoo Solo dan Sirih Bertepuk Pinang Menari pada 1992, Bayu terus terbabit di balik tabir pementasan teater seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Puteri Saadong, Hamlet, Muzika 23250 Tragedi Bukit Kepong, Gedebe dan Spring In KL.

Malah Bayu juga terbabit dalam membuat latar pentas untuk konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya dan temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Dalam perkembangan berkaitan, Bayu juga menganggotai kumpulan seni iaitu Matahati yang ditubuhkan pada 1989 bersama empat rakan sekampusnya. Ia ditubuhkan dengan objektif untuk berdiskusi dan bertukar fikiran dalam membentuk gagasan seni yang ideal.

Selain mengadakan pameran, Matahati juga menjalankan program seperti bengkel seni, pertukaran residensi, pendidikan dan kurator. April lalu mereka bergabung mengadakan pameran bersama kumpulan seni dari Indonesia iaitu Gelaran di Galeri Shah Alam.

“Kami bergabung dengan pelukis luar dalam sebuah lukisan. Contohnya dua orang pelukis di atas satu kanvas. Dalam proses itu kami bertukar ilmu dan pengalaman dalam bidang seni. Selepas ini kami mempunyai perancangan untuk bergabung dengan kumpulan seni dari Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura dan Brunei,” kata Bayu.
 Bayu Utomo , 'Bujang Berani', 1991, bahan : besi




· Lahir pada 1933 di Johor Bahru,menerima pendidikan seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada1957 dan Indiana University diBloomington, Amerika Syarikat pada1968.
· Mempengaruhi pelukis-pelukis mudadan guru-guru seni lukis lewat 1950-andengan konsep-konsep yang terbaru. 
· Sumbangan utama beliau kepadakegiatan seni ialah dalam bidang arca,lebih dikenalsebagai seorang pengarca.
· Ahli Friday Art Group dengan SyedAhmad Jamal dan Jolly Koh.
· Mempunyai sikap kukuh terhadapbahan dan ciri konvensional seni arca.   



 · "Rimba"
Tahun : 1967
· Media: Arca besi
· Tema : Rimba – Peniruan alam
· Gaya : Serpihan batang besi berbagai ukuranmencetuskan imej rimba yang  tandus. Susunanbatang besi yang tinggi rendah, jarang dan padat,menimbulkan kesan tembus cahaya, sertatimbulan garis yang berbeza-beza.
· Nilai : Menunjukkan keindahan alam, peka kepada ciri-ciri perhubungan antara dahan,batang, dan ranting tumbuhan. Menonjolkanmesej kepentingan memelihara alam sekitar.


                           Raja Shahriman Bin Raja Aziddin


RAJA Shahriman di samping karya Api, Bayangan dan Kemenyan IV di Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Name: Raja Shahriman Bin Raja Aziddin.
Date of Birth: 17 Nov 1967, Kuala Kangsar, Perak.
Qualification
Diploma in Art & Design (Fine Art), Universiti Teknologi Mara
(Majoring in sculpture).

Karya 







Ron Mueck

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek yang sebenar yang difahami kewujudannya seperti patung manusia. Arca abstrak bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk mengintepritasikan bentuk dan maksud arca itu. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik dan arca berfungsi
Contoh arca hyper realistic oleh pengarca Ron Mueck 

HENRY MOORE
BornHenry Spencer Moore
30 July 1898
CastlefordYorkshire, UK
Died31 August 1986 (aged 88)
Much Hadham,Hertfordshire, UK
EducationLeedsLondon
Known forsculpture, drawing,graphics, textiles
Notable work(s)Reclining Figures, 1930s – 1980s
MovementBronze Sculpture,Modernism
AwardsOM CH FBA

Henry Moore - reclining figure 1939 Britain.





Haji Marsidi Haji Akip
"The World of ASEAN" is the title of Brunei Darussalam's sculpture by 42 year old Mr Haji Marsidi Haji Akip, whose concept is: "the idea was built around the formation of ASEAN.

Henrique Oliveira


Education 

Postgraduate 
2007 Masters in Visual Poetics - School of Communication and Arts. University of São Paulo. 

Graduation 
2004 Fine Arts, bachelors in painting - School of Communication and Arts. 
University of São Paulo. 

Solo Shows
2014  Adenocalcinoma Poliresidual -  Arthur Ross Gallery, University of Pennsylvania, Philadelphia, USA.
2014
 Transarquitetonica - Museu de Arte Contemporânea, São Paulo, Brazil.
2014 Projective Eye Gallery - University of North Carolina Charlotte, USA.
2013 Baitogogo - Palais de Tokyo, SAM Art Projects, Paris, France.
2012 Centro Municipal de Arte Hélio Oiticica, Rio de Janeiro, Brazil. 
2012 Realidade Líquida - Galeria Millan, São Paulo, Brazil. 
2012 Ursulinens Prolapse - Offenes Kulturhaus, Linz, Austria. 
2011 Galerie Georges-Philippe & Nathalie Vallois, Paris, France. 
2011 Boulder Museum of Contemporary Art, Boulder, USA. 
2010 Colagens - Alejandra von Hartz Gallery, Miami, USA. 
2010 Galeria Silvia Cintra & Box 4, Rio de Janeiro, Brazil. 
2009 Tapumes - Rice University Art Gallery - Houston, USA. 
2009 Flying Circus Gallery - Monterrey, Mexico. 
2008 Temporada de Projetos - Paço das Artes - São Paulo, Brazil. 
2008 Galeria Baró Cruz - São Paulo, Brazil. 
2007 11º English Culture Festival - British Council - São Paulo, Brazil. 
2007 Programa de Exposições - FUNARTE - São Paulo, Brazil. 
2006 1th Show of Annual Program - Centro Cultural São Paulo, Brazil. 
2006 Baró Cruz Gallery - São Paulo, Brazil. 
2005 Tapumes - House of Latin America Culture - Brasília, Brazil. 
2000 Drawings and Paintings - FUNARTE (National Art Foundation) - São Paulo, Brazil. 
1998 Paintings - University of Londrina - Londrina, Brazil. 


Henrique Oliveira Tapumes – 2008
Wood and PVC – 3,2m x 6,2m x 0,9m / 10,6ft x 20,6ft x 3ft




2 ulasan: